Isu Hina YDPA: Menghina Manusia Ditolak Oleh Semua Agama Dan Bangsa

749

Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA TERENGGANU – Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat Malaysia, menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Muhammad V merupakan sikap buruk yang ditolak oleh semua agama dan bangsa di negara ini.

Apatah lagi, tambah Bendahari Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Dato Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali,  sebagai orang Islam yang diajar oleh hadith Nabi saw, mencerca orang Islam adalah satu kefasikan.

“Sejak akhir-akhir ini gejala ini, semakin menjadi-jadi di kalangan segelintir rakyat yang sudah hilang norma dan adab-adab sebagai seorang rakyat Malaysia.

Beliau yang ditemui  di sini pada pada  9 Januari turut memberitahu sememangnya ini boleh menimbulkan suasana kurang senang terutama masyarakat Melayu.

“Orang Melayu sudah sekian lama menghormati Raja-raja Melayu, khususnya kepada YDPA.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan menerusi akta-akta yang sesuai, seperti Akta Hasutan jika melibatkan Raja-Raja, ” tegas beliau lagi.

Beliau akhirnya mengajak warga media baru terutamanya, mengecam budaya yang tidak bermoral ini.