Isu Hakim Menari; Yang Bertanggungjawab Perlu Letak Jawatan

971

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – PAS menyifatkan isu hakim menari adalah amat mendukacitakan dan menyeru agar mereka yang bertanggungjawab meletakkan jawatan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Ketua Hakim Negara dan juga Peguam Negara cuai dalam menunaikan tanggungjawab dan kewajipan mereka kepada rakyat.

Katanya, mereka sepatutnya mengamalkan adab dan etika serta tidak memalukan rakyat Malaysia.

“Sepatutnya disana ada etika-etika yang patut dijaga oleh Ketua Hakim Negara dan juga Peguam Negara di dalam menunaikan tanggungjawab dan kewajipan mereka.

“Jadi kita harap berasaskan kepada adab dan etika itu mereka sepatutnya bertanggungjawab dan meletakkan jawatan kerana ianya adalah satu sikap yang memalukan rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pertemuan bersama nelayan pukat tunda musim tengkujuh di lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) Chendering pada semalam, 20 Januari.

Oleh itu, beliau menegaskan amalan pemisahan kuasa diantara eksekutif, perundangan dan kehakiman mestilah dipertahankan dalam tadbir urus negara ini.

“Saya percaya kita kita perlu rujuk kepada etika yang diviralkan, etika yang perlu diambil oleh badan kehakiman kerana dalam sistem demokrasi perlu wujud disana pemisahan kuasa.

“jadi sepatutnya tidak berlaku begitu (mereka) sebagai orang yang berada ditahap yang paling tinggi dalam bidang kehakiman di negara,

“perlu menjaga etika seperti ini kerana mereka adalah individu yang bertanggungjawab dalam perkara yang sangat besar (dan) perlu dijaga dari segi pergaulan mereka,” ujar beliau.

Justeru itu beliau bersetuju dengan pandangan beberapa ahli undang-undang yang meletakkan perkara ‘isu hakim menari’ satu kesilapan yang sangat serius.

“(Ia)perlu diambil perjalanan jika sekiranya mereka merasa tanggungjawab mereka sepatutnya meletakkan jawatan kerana ini adalah maruah rakyat malaysia,” tambah beliau.