Isu Awie Di Kelantan; Bob Lokman Bersuara

10180

Bekas penyanyi kumpulan rock ‘Wings’, Ahmad Azhar atau Awie, menjadi kontroversi apabila beliau muncul dalam satu program di Kota Bharu Kelantan.

Kesah Awie menular di laman sosial apabila bekas ahli dan bekas peguam PAS Hanipa Maidin memberi komen yang ditujukan sinis kepada kerajaan negeri Kelantan, sedangkan acara ‘International Bike Week’ bukan anjuran kerajaan.

Ia membuatkan teman lama Awie, Bob Lokman memberikan komen ‘pedas’ dan ‘facebook’ beliau yang telah dikongsi oleh lebih seratus orang.

“Hingga ada kononnya pelajar tahfiz yg menyesali keadaan. Ramai berprasangka kehadiran Awie seorang boleh merosakkan sebuah kerajaan Islam Kelantan.

“Awie ada pengikut. Dia ada karisma. Dia diminati. Kalaulah kita boleh benci kepada sikap lampaunya, apakah tidak wajar utk kita menerima bila Awie bertamu ke tempat kita? Adakah berdosa?,” soal Bob.

Menurut catatan Bob, beliau sangat mengenali, bukan sahaja Awie, bahkan arwah ibu dan bapa Awi, yang disifatkannya sebagai seorang yang lahir dari ‘benih yang baik’.

“(saya) mengenali Awie, arwah ayah dan maknya serta ‘famili’nya, saya kenal Awie terbenih dari keluarga yang sangat baik hati. Makanya jangan menghalang sahabat saya untuk mencari jalan pulang ke Syurga.

“Awie sedang melangkah usia, Awie sedang mengakhiri dunia. Maka salahkah kalau kita sama-sama menapak ke Syurga?,” tulis Bob Lagi.

Bahkan kata Bob, beliau pernah terlebih berdosa daripada Awie ketika meniti hidupnya dalam dunia seni sebelum ini.

Justeru Bob mengucapkan syabas kepada semua umat Kelantan yang telah menerima baik kedatangan Awie.

“Kepada Kelantanis tahniah kerana tidak rasa tercemar keimanan anda bila mendakap Awie dgn penuh sayang sebagai saudara seIslam,” tambah Bob