Isteri Haji Amzad Meninggal Dunia

2361

KUALA TERENGGANU – Perkhabaran yang menyedihkan baru diterima, memaklumkan al-marhum Cikgu Suriati Abidin, isteri kepada Pengarah Jabatan Penerangan PAS Haji Ahmad Amzad Hashim baru menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi.

Beliau meninggal dunia pada kira-kira pada jam 6.05 minit petang hari ini Jumaat di Hospital Selayang kerana sakit barah pankreas.

Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan seluruh keluarga besar PAS mengucapkan takziah kepada Amzad atas kehilangan isteri yang dikasihi.

IMG-20160212-WA0090“Atas nama YDP dan seluruh ahli jawatankuasa PAS KT, saya ucap takziah kepada Haji Amzad dan keluarga atas pemergian isteri beliau.

“Semoga arwah diampunkan dosanya dan ruhnya ditempatkan bersama para sholihin, dan kami harap bersabar dan tabah hadapi ujian ini'”ujarnya ketika dihubugni.

Wan Sukairi turut menyeru semua ahli dan penyokong PAS beramai-ramai menunaikan solat jenazah pada esok selepas solat zohor di masjid lama, Durian Burong

Maklumat yang diterima, jenazah al-marhum akan dibawa pulang dan disemadikan di Terengganu

Seluruh warga kerja Buletinonline nmengucapkan takziah kepada Haji Amzad sekeluarga