Irfan Tidak Gembira Walaupun Menang

1840

Bos Terengganu, Irfan Bakti tidak terlalu gembira bahkan kesal, apabila pasukannya meraih kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur pada hari Jumaat.

Bercakap dalam sidang akhbar pasca perlawanan, jurulatih Terengganu itu berkata walaupun menang, prestasi pemain menurun berbanding dengan pertemuan sebelumnya.

“Saya gembira dengan tiga mata, tiga mata pertama kami musim ini, tetapi tidak dengan prestasi, 360 darjah (bertentangan dengan) prestasi yang mereka tunjukkan terhadap JDT minggu lalu.

“Pemain saya membuat kesukaran untuk diri mereka sendiri, mereka tidak membuatnya mudah, dan menyia-nyiakan beberapa peluang, KL tidak dapat bermain dengan baik malam ini, dan pasukan saya mencontohi mereka,” katanya.

Gol kemenangan yang disumbat pemain pertahanan Igor Zonjic pada minit ke-69 memisahkan kedua-dua pasukan.