Ingat Raya, Ingat Janji Pilihan Raya PH

1065

Oleh : Adli Mohamad

Rata-rata seluruh rakyat Malaysia apabila menyebut perkataan raya, akan terbayang pilihanraya maka akan teringat segala janji Pakatan Harapan (PH) yang membuatkan rakyat diselubungi kesedihan yang mendalam.

Demikian kata, Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD), Ridhuan Yusoff. Beliau berkata, Hari Raya tahun ini bolehlah dijadikan penanda jiwa mengambarkan perasaan duka lara diatas pemerintahan kerajaan PH.

“Yang mana janji-janji ditaburkan pada pilihanraya tahun lepas menghampiri Ramadan, dan selepas pada itu akan menyambut ketibaan hari raya.

“Diantara janji yang seumpama sihir, yang memperdayakan rakyat ialah tol dimansuhkan, apabila dimansuhkan maka riang dan gembiralah hati rakyat pulang ke kampung halaman.

“(Ironinya) tiada sebegitu, janji-janji manis telah bertukar menjadi satu kepahitan umpama jadam, sukar ditelan,” ulas Ketua Pemuda PAS DUN Bukit Besi itu

Ridhuan turut berkata apa yang berlaku sekarang ini membuatkan rakyat terasa diperbodohkan.

“Apa yang terjadi, rakyat tidak tahu hendak menangis atau hendak ketawa, hendak gembira atau hendak bersedih.

“Diantara janji lain yang melakarkan kegembiraan di hati rakyat pada setahun yang lepas ialah, hari ini kita menang, esok minyak turun RM 1.50, janji itu umpama hadiah yang memberikan kemudahan apabila pulang berhari raya, namum tidak terjadi sedemikian,” jelasnya.

Tambah mendukacitakan, menurutnya, PH melalui parti komponen DAP juga telah mencelarukan Umat Islam dengan berani mencampuri urusan yang tiada sepatutnya mereka uruskan.

“Sebagaimana contoh hilangnya amil zakat dibawah pemerintahan PH, yang mana mula turut dimainkan peranan DAP.

” Dibawah Malaysia baharu ini banyak kejutan, rakyat juga turut ternanti dan turut bertandang kerisauan sekiranya syawal nanti akan ada satu kejadian yang akan mencatit sejarah duka buat rakyat Malaysia sekiranya teks khutbah hari raya nanti akan dibaca oleh pimpinan DAP, “katanya.

Walau bagaimanapun beliau mengajak agar seluruh rakyat berdoa, dan dengan ketibaan syawal yang tidak berapa lama lagi akan diraikan dengan sempurna, dan dengan apa yang terjadi akan mencelikkan rakyat Malaysia untuk memilih PAS pada PRU ke – 15 akan datang bagi mendaulatkan Islam di Negara Malaysia.