Ingat Nasib Umat Islam Pada1Syawal

299
YB Senator Dato’ Haji Husain bin Awang, Pesuruhjaya PAS Negei Terengganu merangkap Ahli Dewan Negara

KUALA TERENGGANU – Detik 1 Syawal disambut dengan gembira di tanah air, namun di luar sana, masih ada umat Islam yang ditindas, dizalimi dan menyambut hari raya dengan serba kekurangan.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu YB Senator Dato’ Haji Husain bin Awang berkata, ia kerana kejatuhan Khalifah Islam yang terakhir pada 3 Mac 1924.

“dan sejak itu jugalah umat Islam telah hidup tanpa Khalifah yang memayungi mereka (dan) Lebih malang lagi,

“umat Islam hari ini telah dipecah belah oleh musuh-musuh yang ingin memadamkan syiar Islam di atas muka bumi Allah ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan sempena Hari Raya Aidil Fitri yang disambut semalam.

Oleh itu beliau mengingatkan agar masyarakat dan ahli PAS bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menyambut hari Raya Aidil Fitri.

“hari kemenangan setelah sebulan penuh kita berada di Madrasah Ramadan dan di didik untuk mengawal kemahuan nafsu dan juga meningkatkan taqwa.

“Di Madrasah Ramadan ini jugalah kita dapat belajar untuk lebih memberi sama ada melalui tajaan berbuka puasa, menderma kepada fakir miskin, berwakaf harta serta mengeluarkan zakat,” katanya.

Jesteru beliau menyeru agar umat Islam untuk sedar, bangkit dan perkasakan jalinan silaturrahim.

“selama ini (ikatan) rapuh kerana tipu daya musuh yang tidak senang melihat Islam memimpin. Dalam rangka membangunkan kerajaan Islam yang menegakkan hukum Allah,

“kita para Jemaah yang mendokong perjuangan Parti Islam Semalaysia (PAS) seharusnya sentiasa memelihara hati, baik dari pimpinan atasan mahupun penyokong agar terus mengasihi sesama kita, bekerjasama dan berusaha menutup pintu-pintu fitnah yang pasti tiada kesudahan,” tegasnya