ICERD: Orang Kampung Bakal ‘Gegar’ Ibu Kota

3282

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Gelombang penolakan ke atas ICERD bukan sahaja membadai di kawasan bandar, malah masyarakat di kampung turut bangkit menentangnya.

‘ICERD’ bukan suatu perkara yang ringan dan ianya jika diratifikasi orang kampung yang terdiri dari orang Melayu akan turut menerima akibat yang buruk.

Menurut Ketua Dewan Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff, seluruh warga kampung di Bukit Besi tidak rela diperbodohkan oleh Pakatan Harapan (PH).

“Oleh kerana itu semua penduduk Kampung Pasir Raja, Kampung Minda, Kampung Syukot,dan seluruh kampung Bukit Besi akan turun pada perhimpunan 8 disember nanti.

“Walaupun kami orang kampung, jangan fikir kami bodoh.

“Warga kampung tiada rela dikhinati akan tanahair yang telah lama menjadi milik Melayu ingin dilakukan sewenang-wenangnya,” ucapnya kepada Buletin Online semasa ditemui di sini hari ini.

Mohd Ridhuan Yusoff

Bagi beliau, tangan-tangan yang mengundi PH perlu bertanggungjawab dan harus menyesali akibat kegopohan ingin menjatuhkan kerajaan sebelum ini.

Kata beliau lagi, sejak PH menerajui negara, kebajikan orang kampung tidak terbela.

Katanya lagi, apa yang diharapkan masyarakat iaitu penurunan kadar tol dan minyak tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya kata beliau, PH bertindak mahu meratifikasi ICERD.

Akibatnya, masyarakat kampung mula berang dan kini mereka bangkit menentang kebobrokan Kerajaan PH.

“Ayuh hadir beramai-ramai, tanah ini adalah tanah pusaka nenek moyang, yang telah disuluhi cahaya Islam.

“Mereka (PH) tidak dibolehkan menjadi tuan,maka jahanamlah negara,” tegasnya.