ICERD dan Sebuah Rumah Usang di Kampung Tanjung

411

Riuh pelbagai pihak menghentam Kerajaan Negeri Terengganu apabila sebuah rumah kampung dirobohkan di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu.

Mengikut kenyataan MB Terengganu, perobohan tersebut mengikut lunas undang-undang iaitu tanah tersebut bukanlah milik tuan rumah berkenaan.

Malah, rumah tersebut juga bukanlah sebuah rumah tradisional Melayu Terengganu melainkan hanyalah sebuah rumah kampung dengan beratap bata.

Rasional kerajaan negeri bertindak adalah apabila hanya rumah tersebut sahaja yang tinggal setelah semua kejiranan di kawasan tersebut dikosongkan beberapa tahun lalu.

Alhamdulillah, tuan rumah berkenaan tidak dibiarkan merempat. Malah disantuni oleh YB dari PAS.

Pelik apabila ramai yang bising setelah dirobohkan, namun tidak ada yang berjuang menjadi hero semasa rumah tersebut dikepung jentera kerajaan.

Menarik kes rumah di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu ini jika dilihat dalam kes yang lebih hangat iaitu ICERD.

1. Bantahan atau perjuangan perlu dilakukan sebelum ianya diputuskan atau dimuktamadkan.

Kerana itu ICERD perlu dibantah sekarang, bukannya selepas Kerajaan Malaysia menerima ICERD.

2. Tuan rumah di kampung Tanjung, Kuala Terengganu tersebut bukan pendatang, namun setelah lama tinggal di tanah kerajaan, sudah pasti timbul sayang, mahu pemilikan.

ICERD dibantah bukan menafikan kaum lain berhak mendapat keadilan, namun ada kewajaran yang mesti ditentukan kerajaan.

Menumpang, jangan sampai merasa menjadi tuan.

3. Sebagai sebuah kerajaan, mesti membuat keputusan yang meyakinkan rakyat. Kepentingan untuk rakyat terbanyak mestilah mengatasi kepentingan seorang dua individu.

Bukan menafikan hak seorang dua, tetapi meletakkan keutamaan sebenar pada tempatnya.

ICERD dibantah bukan kerana mahu menafikan hak kaum lain, tetapi bagi menjaga kepentingan Islam itu lebih utama.

4. Merobohkan rumah tidak bermaksud dihalau dari Terengganu. Tidak sama sekali.

Membantah ICERD bukan bermakna kaum lain mesti pulang ke negara asal mereka. Jauh sekali mahu bermandi darah. Namun, ianya bertujuan mengingatkan batas dan sempadan yang boleh dilaksanakan.

5. Membantah ICERD dengan hanya menulis di muka buku sahaja tidak cukup. Bantahan mesti disuarakan dengan gelombang rakyat.

Himpunan Aman mesti dipenuhkan dengan pejuang yang membantah ICERD. Diam tanda merelakan!

Zaidan Abdullah,
Menolak ICERD!