Ibrahim AS Buktikan Keimanannya Dengan Taat Yang Tidak Berbelah Bahagi

407

الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر ,
الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر ,
الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر ,
الله أكبر كبيراً و الحمد لله كثيراً و سبحان الله بكرة و اصيلاً الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا وأشهد لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وأشهد أَنَّ مُحمَّداً عبْدُهُ وَرَسُولُهُ البدر الدجي والسراج المنير, اللهم صلي وسلم وبارك علي محمد نبي الرحمة وشفيع الأمة , وعلي آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاه
أما بعد : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
الله أكبر , الله أكبر, ولله الحمد

Pada hari ini seperti tahun-tahun yang sebelumnya kita merayakan eidul adha dengan memperingati kembali kisah hidup rasul ulung, bapa nabi-nabi ibrahim a.s. sekalipun diulang2 saban tahun, ianya adalah kisah yang hidup dan penuh dengan pengajaran yang senantiasa relevan dan bermanfaat bak kata pepatah : tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Ianya bukan sekadar meniti di bibir-bibir khatib yang berkhutbah bahkan dipraktiskan oleh seluruh umat melaui ibadat haji dan ibadah qurban yang disempurnakan pada hari ini. Semuanya ini, Tak lain tak bukan supaya umat benar2 menghayati sejarah kehidupan sosok yang merupakan khaliilurrahmaan ini.

Nabi Ibrahim a.s, dimulakan sejarah hidupnya dengan tawheed mengesakan Allah, penegasan tawheed dalam dirinya itu ditegakkan tatkala bukan sahaja anak bangsa dan kerajaanya syirik menyengutukan Allah bahkan bapanya sendiri adalah pembuat berhala yang menjadi sembahan di zamannya. Inilah suatu sifat yang kemudiannya menjadi asas kepada individu gerakan islam seluruh dunia, dikenali dengan nama at-tajarrud, yakni berlepas dari dari segala yang menyeleweng dan bathil sekalipun ianya adalah pegangan majoriti dan menyebabkan kita bersendiri. Sabda nabi s.a.w tatkala ditanya oleh saidina huzaifah r.hu tentang apakah sikap seorang muslim tatkala seluruh umat dalam kesesatan jahiliyyah

فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وأنت على ذلك)) رواه البخاري ومسلم

Ibrahim kemudiannya menzahir dan menyerukan tawheed kepada umat dan rajanya namrud, namun seruannya itu menyebabkan dia dihukum dengan hukuman yang sangat mengerikan iaitu dibakar hidup2 dalam nyalaan api yang marak membakar. Allah menyelamatkannya dengan mukjizat, sebagai rasminya kerasulan Ibrahim a.s. Firmanullah:

قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ

Selepas peristiwa yang maha dahsyat itu Ibrahim a.s berpindah ke palestin, kemudiannya dikurniakan seorang putera Ismail a.s, disaat puteranya masih kecil baginda diperintah Allah membawa anak dan isterinya hajar menuju ke makkah, sebuah lembah yang kering kontang, tiada tumbuhan, tiada hidupan bahkan walau setitis sumber air pun.

Kemudian baginda diuji lagi dengan perintah meninggalkan anak dan isteri baginda di tanah yang gersang itu. Namun, tanpa sedikit ragu pun Ibrahim menyempurnakan perintah tersebut, kerana taat dan yakin Allah tidak akan mensia-siakan mereka. Keyakinan dan keimanan itulah kemudiannya bukan sekadar dibalas oleh Allah dengan menyelamatkan mereka dengan pancutan zam zam yang penuh keberkatan dari perut bumi, bahkan makkah yang gersang itu kini antara Bandar metropolitan yang tersibuk di dunia.

Setelah itu diuji lagi oleh Allah dengan satu peristiwa yang kita abadikan ingatan dan kenangannya melalui ibadah qurban yang dilaksanakan setiap tahun, iatu ujian menyembelih putera kesayangannya, firman Allah mengabdikan peristiwa tersebut

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ (102) فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ (103) وَنَادَيْنَاهُ أَن يَا إِبْرَاهِيمُ (104) قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ (105) إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ (106) وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ (107)

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim! “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

Kejayaan ke dua hamba Allah ini menyempurnakan perintah Allah, melayakkan mereka untuk menjadi perintis kepada pembinaan kaabah, rumah Allah yang suci, yang kemudiannya menjadi qiblat dan pusat bagi mengerjakan kemuncak rukun Islam yang kelima iaitu ibadat haji.

Sesungguhnya Ibrahim a.s benar-benar seorang hamba Allah yang benar-benar beriman dan membuktikan keimanannya dengan ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Semuanya itu kemudiannya melayakkannya menjadi imam, pemimpin bagi seluruh umat manusia, dan begitulah juga mereka yang mengikuti jejak langkahnya menjadi imam dan pemimpin kepada manusia. Firmanullah :

وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ

Sebenarnya masih banyak lagi kisah2 lain yang berkait dengan Rasul yang agung ini, marilah sama2 kita terus menerus mempelajarinya, dan berusaha menjadi seperti baginda seorang hamba yang beriman, taat dan tiada kesangsian pada ketuhanan Allah, janjiNya serta kesepurnaan dan keadilanNya.

إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِّلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ (120) شَاكِرًا لِّأَنْعُمِهِ ۚ اجْتَبَاهُ وَهَدَاهُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ (
121)
Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan “satu umat” (walaupun Ia seorang diri); ia sangat taat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik. Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ (37)

*** Khutbah Eidul Adha 1439H