Ibadah Korban Bukan Hanya Sembelihan Lembu Semata-Mata

1363

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Ibadah korban bukanlah hanya semata – mata sembelih lembu atau kerbau sepertimana yang kita lakukan setiap tahun bahkan ianya suatu perbuatan yang sangat dituntut dalam agama.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, apa yang paling penting dalam melakukan ibadah korban dan semua ibadah ialah kita nak mendapatkan keredhaan daripada Allah swt.

“Dan kita tidak akan dapat keredhaan daripada Allah melainkan dengan dua perkara iaitu yang pertama sekali ialah ikut cara yang nabi SAW ajar. Jadi ibadah korban ni hak nabi ajar. Nabi Ibrahim AS tunjuk dan kita laksanakan sunnah ini,

“Yang keduanya ikhlas kepada Allah dimana apa yang penting daripada ibadah ini ialah keikhlasan supaya kita dapat ganjaran dan pahala di sisi Allah SWT,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Qurban Lembu Besar di Kampung Bukit Depu, Kuala Terengganu, Sabtu, 2 September, disini.

Menurutnya, selain itu ianya dapat merapatkan silaturrahim dan hubungan persaudaraan Islam serta dapat memupuk semangat bekerjasama dan bergotong – royong bagi menguatkan lagi hubungan diantara satu sama lain.

“Mudah-mudahan usaha kita ini diberkati oleh Allah SWT dan apa yang penting ialah ibadah korban dan semua ibadah yang kita lakukan tujuannya ialah kita nak mendapat keredhaan daripada Allah SWT ,” katanya.

Beliau turut mengucap terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menjayakan program pada hari ini.Mudah-mudahan Allah Taala merahmati kita semua.