Ia suatu amanah yang berat – Khalil Abdul Hadi

564

KUALA LUMPUR – Pemilihan kepimpinan dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-52 bmenmyaksikan dua daripada tiga calon Pemuda Terengganu dipilih menganggotai Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2011 – 2013.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Ketua Dewan Pemuda PAS Marang Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi dipilih oleh 650 perwakilan pemuda dari seluruh Malaysia yang berhimpun di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Manakala seorang lagi calon, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah yang juga Ketua Dewan Pemuda Hulu Terengganu tidak terpilih.

Khalil yang juga anak sulong kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat sebagai calon bukan pilihan, daripada 30 orang calon-calon yang bertanding.

Kemenangan beliau adalah suatu keputusan luar jangka memandangkan Khalil adalah tokoh pemuda yang agak baru.

Beliau menyifatkan pemilihan dan perlantikannya sebagai AJK Kerja Pemuda Pusat merupakan satu amanah yang mesti dipikul.

“Ia diluar jangkaan, saya amat terkejut, Ianya adalah satu tanggungjawab yang sangat besar dan amanah yang berat untuk dipikul,”ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, penyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani tidak dipilih semula oleh perwakilan pemuda.

Tempat beliau digantikan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, yang menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda sebelum ini.

Dalam pada itu, Dewan Muslimat PAS Pusat mendapat Ketua baru apabila Puan Siti Zailah dipilih ndan diamanahkan memegang tampuk kepimpinan sayap PAS itu untuk sesi 2011-20013.

Dr. Mariah Mahmud, diamanahkan menjadi Timbalan kepada Siti Zailah.