i-BANTAH, Misi Menghadirkan Keceriaan Di wajah Penduduk

295

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/07/P1160978.JPGHujung minggu lalu (Jumaat dan Sabtu 23 dan 24 Julai 2010) adalah antara detik-detik yang paling menuntut kesabaran dan ketekunan saya sebagai Pengerusi i-BANTAH dalam melaksanakan tanggungjawab menggerakkan gerak kerja politik dan kemasyarakatan bagi menangani isu projek i-SHARP.

Misinya jelas, kami ingin menghadirkan semula kecerian dan harapan di wajah penduduk Kampung Banggol yang terlibat dengan i-SHARP.

(Gambar – Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik, duduk bersila, mendengar penerangan dari Pengerusi I-Bantah, Dr Azman Ibrahim)

Imbas kembali… Semasa era pemerintahan Kerajaan Pas di Terengganu antara tahun 1999-2004, antara tumpuan dasar kerajaan negeri ialah mengagihkan lot-lot tanah kediaman dan pertanian kepada rakyat yang tidak bertanah dalam bentuk RTB di seluruh negeri yang turut melibatkan penduduk Kampung Banggol dengan nama RTB Kubang Labi melalui pemberian Lesen Menduduki Sementara (LMS). 240 orang peserta terlibat dengan keluasan tanah kira-kira 500 ekar.

Atas harapan untuk membina kehidupan dan masa depan keluarga, bermula 2002, penduduk mengeluarkan belanja sendiri bagi kerja-kerja pembersihan kawasan hutan dan parit digali bagi mengelakkan air bertakung serta dengan keyakinan berbudi kepada tanah tidak akan sia-sia, tenaga dan keringat mula dicurahkan yang hasilnya jelas, kawasan hutan terbiar mula berganti dengan tanaman kelapa sawit, nenas, lada, tembikai, sayur-sayuran, tebu dan tidak terkecuali dibina bangsal peliharaan ayam.

Tinjauan kami petang Jumaat lalu mendapati sedikit sahaja daripada kawasan RTB ini terbiar dan ditumbuhi lalang. Ini mengambarkan penduduk sebenarnya amat memerlukan tanah untuk diusahakan dan langkah bijak kerajaan Terengganu telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk terlibat. Bumi Terengganu yang subur anugerah Allah ternyata memberikan pulangan hasil yang memberansangkan.

Baca Lagi Dari Sumber
>>