i-Bantah Bukan Halang!

279

NGOs seperti MAMPAT, Dewan Pemuda Pas Pusat yang menyatakan kesedian untuk turut bersama menangani isu ini, Jawatankuasa Prihatin Tanah Terengganu dengan Pengerusinya Dato’ Haji Abu Bakar Chik banyak memberikan nasihat dan panduan bertindak.

Semenjak impak projek i-SHARP mula didedahkan di media, banyak pihak mula membuka mata termasuk pihak pemaju sendiri yang mengakui memang terdapat bantahan terhadap projek yang digembar-gemburkan sebagai projek industri akuakultur tercanggih pernah diwujudkan.

Alhamdulillah, realiti sebenar yang kelihatan cuba disembunyikan dari pengetahuan umum sedikit sebanyak mula terungkai. i-BANTAH banyak menerima mesej dan panggilan dari seluruh negara menyatakan sokongan dan dokongan atas tindakan yang telah, sedang dan akan dilakukan termasuk sahabat-sahabat dari Kerpan, Kedah dengan pengalaman pahit mereka dikongsi bersama. Titipan buah fikiran, dorongan, sokongan, bantuan dan apa sahaja demi kebaikan amat kami hargai.

Apabila Akhbar Sinar Harian 27 Jun menyiarkan berita ‘i-BANTAH Ditubuh Untuk Halang Projek i-SHARP’ ada respon yang bertanya, “kenapa projek yang sebegini baik nak dihalang?” Sukacita saya menjelaskan ada kekeliruan dari segi pemberitaan yang telah saya perjelaskan dengan pihak editor Sinar Harian dan mereka memahaminya.

Saya berpendapat lebih tepat jika ianya berbunyi ‘i-BANTAH Ditubuh Untuk Tangani Isu Projek i-SHARP’. i-BANTAH tidak pernah, sedang atau akan bertindak untuk menghalang projek i-SHARP. Pastinya kita berpijak di bumi nyata dalam bertindak, tanpa gopoh serta berdasarkan pertimbangan fakta dan maklumat.

Apa yang menjadi fokus kami adalah menangani isu-isu yang timbul ekoran daripada perlaksanaan projek ini demi untuk memastikan hak rakyat dan masyarakat setempat tidak dipinggirkan serta impak negatif dari segi sosioekonomi dan ekosistem dapat diminimakan.

Malah kita sama sekali tidak bermasalah untuk menjalin hubungan baik dengan pihak pemaju supaya kita boleh duduk semeja untuk bersama berbincang bagi mencari formula terbaik menangani isu-isu bersangkut paut dengan kepentingan rakyat. Pemaju adalah pihak yang sepatutnya mempunyai kepakaran di dalam bidang yang mereka ceburi tetapi kami adalah orang yang rapat dengan rakyat dan mendengar masalah mereka, tanpa sebarang kepentingan.

Alhamdulillah, walaupun tanpa ‘dokumen hitam putih’ saya meyakini i-BANTAH mula ‘diiktiraf’ kewujudannya. Memang pelan terdekat kami untuk bertemu dengan pihak pemaju. Pendekatan tanpa konfrantasi adalah lebih berkesan dalam usaha ke arah situasi menang-menang. Ada sahabat yang mencadangkan kenapa i-BANTAH tak buat demo.

Baca Lagi Dari Sumber>>