Hulu Dungun Ditenggelami Air Banjir

1002
Haji Ghazali Sulaiman, Pengarah MTD PAS Bukit Besi

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Beberapa kawasan Hulu Dungun sudah mula ditengelami air banjir melibatkan Kuala Jengai, Jongok Batu, Kampung Shukor, Kampung Belimbing dan Kampung Pasir Raja.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata beliau telah membuat tinjauan bagi mengetahui keadaan semasa dan sentiasa berhubung dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang terlibat dengan banjir.

“Dimana jika sekiranya perlu untuk berpindah, kita MPKK segera memindahkan mangsa banjir dengan mengutamakan golongan yang uzur, wanita yang hamil tidak berupaya dan sebagainya.

Keadaan banjir di Kmpung Talong, Hulu Dungun petang ini 29 November

“Setakat ini yang dah buka pusat pemindahan adalah Kampung Minda, dan diikuti oleh Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor yang sudah bersiap-siaga membuka pusat pemindahan, dan beberapa penduduk yang membuat keputusan berpindah awal bagi mengelak kejadian yang tidak diingini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak selepas melawat kampung Shukor dan Pasir Raja pada petang tadi.

Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah ditugaskan untuk menumpukan kawasan Hulu Dungun dengan kekuatan anggota dan juga bot bagi persediaan menyelamat serta memindahkan mangsa banjir.

“Walau bagaimanapun kita mengharapkan agar tidak berlaku keadaan kelam kabut.

“Kita minta agar semuanya tenang, dan kit mengharapkan agar hujan tidak berterusan,” jelasnya.

Beliau berkata, bilik operasi gerakkan banjir bersedia untuk dibuka bila-bila masa sahaja jika berlakunya banjir, dan semua pihak sedang bersiap-siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.