Hubungan Abby – Memey Semakin Baik

509
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/abbymemey.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/abbymemey.jpgHubungan diantara Abby Abadi dan Memey Suhaiza semakin hari semakin baik. Yang terbaru, Memey Suhaiza memberitahu yang Abby turut bersama-sama bercuti bersama keluarganya di Genting Highlands baru-baru ini.

Ini satu perkembangan yang tersangat baik untuk kedua-dua belah pihak.

Memey dipetik sebuah portal hiburan memberitahu, dia dan Abby akan pergi bercuti ke Beijing bersama-sama dalam masa terdekat.

Menurut Memey, selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung.

“Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijing pula dalam masa terdekat ini. Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak.

“Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands. Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua, Alhamdulillah,”ujar Memey

Ini sememangnya satu contoh yang sangat baik kepada kita semua. Tahniah kepada Abby, Memey, Norman dan keluarga mereka yang menunjukkan nilai murni ini. Semoga hubungan baik ini akan terus berkekalan dan makin akrab di masa hadapan. Sama-sama kita doakan.