Himpunan Derita Rakyat (HINDAR) – 10 Hari Selepas GST

1908

Dewan Ulamak PAS akan mengadakan satu himpunan yang diberi nama sebagai Himpunan Derita Rakyat (HINDAR), bersempena sepuluh hari perlakasanaan cukai barangan dan perkhidmatan (Goods and Services Tax – GST) yang mula dikuatkuasakan pada 1 April lalu.

jalan_parlimen_map01Menurut Pengarahnya Ustaz Nasruddin Hassan, himpunan itu adalah sebuah himpunan aman dan mempunyai cara dan tertib yang tersendiri.

Himpunan tersebut akan diadakan pada hari Sabtu, 11 April 2015 bersamaan 21 Jamadil Akhir 1436, di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.

Ia akan bermula kira-kira pada jam 4.00 petang dan akan berakhir pada jam 9.00 malam.

“Bermula dengan solat Asar berjamaah dan bacaan al-Mathurat, pidato pimpinan menjelaskan kenapa kita membantah GST,

“(kemudian ada) pentomen Derita Rakyat, puisi Derita Rakyat, solat Maghrib berjamaah dan Munajat Perdana serta pidato khas yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Presiden, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang,”jelas beliau.

Dalam satu pernyataan kepada pihak media, Ahli Parlimen Temerloh itu berharap semua warga prihatin dapat menyertai HINDAR mematuhi arahan pemimpinan dan peraturan yang telah ditetapkan.

“semua orang yang prihatin adalah dijemput hadir,”tambahnya.

Berikut dilampirkan tentatif bagi perjalanan himpunan tersebut;

TENTATIF :

4.00 pm : Kehadhiran
4.30 pm : Azan, Solat Asar & Al-Mathurat
4.45 pm : Pidato 1 (ucapan 4 pemidato)
hindar 3