Himpunan Bantah ICERD Undang Rezeki Pelukis Jalanan

756

Oleh : Adli Mohamad.

KUALA LUMPUR- Himpunan bantah ICERD yang diadakan di ibu kota memberi peluang rezeki kepada peniaga dan juga pelukis potret jalanan.

Pelukis Jalanan, Mathadir Panji, berkata perhimpunan bantah ICERD itu menambahkan pendapatanya berbanding hari-hari sebelumnya.

“Saya menafikan kenyataan yang menyatakan perhimpunan ini menutup pintu rezeki peniaga-peniaga, dan juga pelukis jalanan seperti saya.

“Kehadiran orang ramai telah membantu para peniaga dan saya disini, dengan pulangan yang sungguh lumayan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di hadapan Pasaraya Sogo, semalam.

Beliau yang juga dikenali sebagai Manzar itu telah bekecimpung didalam dunia lukisan lebih dari 20 tahun, kerana terlalu meminati dunia lukisan.

“Saya dahulunya merupakan kartunis kepada majalah kartun ‘Ujang’ dan juga ‘Apo?’.

“Kini saya tidak lagi bersama mereka, dan mula melukis disini, kekadang juga di Bukit Bintang,” jelasnya

Lukisan potret yang dijualnya dengan harga RM 10 bagi yang tidak berwarna, dan harga berwarna RM 20.