Himpunan Bantah ICERD; Ramai Sudah Berkumpul Di Sogo

4585

Sebahagian besar ahli dan penyokong PAS Terengganu telah pun mula berkumpul dihadapan kompleks beli belah Sogo Jalan Tuanku Abdul Abdul Rahman, walaupun Himpunan Bantah ICERD akan dimulakan jam 2.00 petang

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, seramai lebih 200 orang dari DUN terbabit telah sampai dengan lima buah bas bagi menyertai Himpunan tersebut.

“saya merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh pendokong dan penyokong PAS khususnya dari DUN Sura, kita menghantar lima buah bas,

“ramai lagi yang datang dengan kenderaan masing-masing,” ujarnya yang ditemui di perkarangan kompleks itu.|

Presiden PAS sebelum ini berkata, perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) lebih bersifat pandangan dan pendirian politik.

Menurutnya, ia diadakan kerana kerajaan hari ini masih bercelaru terhadap keputusan untuk meratifikasi ICERD atau tidak, berikutan terdapat segelintir menteri yang masih mengeluarkan kenyataan tidak selari dengan pandangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.