HIMPUN 2019 ; Hadir Beramai –Ramai Dan War-Warkan Ke Pelosok Negeri

309

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Orang ramai diseru agar hadir beramai-ramai ke program HIMPUN ( Himpunan Tiga Menteri Besar Pantai Timur dan mewar-warkan acara gilang gemilang yang julung kali diadakan di Terengganu ke serata pelosok negeri.

Ahli Jawatankuasa kerja PAS Pusat Dr Ridhuan Md Noor berkata, program tersebut akan mempertahankan ukhuwah diantara umat Islam Pantai Timur.

“Insya Allah 22 hb Ogos ini akan diadakan Himpunan Perpaduan Ummah bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu yang akan menghimpunkan puluhan ribu umat Islam.

“(Dan) dengan dibarisi tetamu -tetamu hebat (iaitu) tiga orang Menteri Besar Pantai Timur, YB MB Kelantan, Terengganu dan Pahang serta insya Allah kuliah maghrib yang akan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus,” jelasnya.

Beliau yang juga anggota Jawatankuasa PAS kawasan Besut berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, umat Islam mesti menunjukkan kesatuan keadaan perpaduan mereka memandangkan banyak ancaman Islam muktahir ini.

“Ancaman fahaman Islam eksklusif, Islam liberal ataupun muktazilah,netizen agama, ancaman kepada reinkarnasi (kelahiran semula) komunis, kebangkitan seluruh komunis dimana segelintir kelompok pemerintah ini mereka cuba melencongkan sejarah perjuangan tanah air kita dengan mewirakan pejuang2 (MPACA)Malayan People Anti Cepenis Army dan bintang tiga padahal tanah air kita diperjuangkan kemerdekaannya para alim ulamak dan juga kelompok kanan,” ujar beliau.

Justeru itu, beliau menyeru kepada muslimin dan muslimat supaya mengajak keluarga dan sanak saudara untuk hadir beramai-ramai ke Program HIMPUN 2019.