Hilful Fudul; Perjanjian Kehormatan

257

Hilful Fudul atau perjanjian kehormatan dimenterai antara orang-orang Mekah untuk memastikan tiada seorang pun yang memasuki kota Mekah boleh dizalimi. Ia adalah perjanjian bagi mengembalikan kehormatan manusia.

Ia berlaku apabila salah seorang penduduk Mekah menzalimi seorang peniaga luar yang masuk berniaga di Mekah. Perjanjian ini dipuji oleh Nabi saw.

Demikianlah perjanjian Muafakat antara Bersatu, PAS, UMNO, MCA, MCA ialah bertujuan melepaskan kezaliman yang berlaku terhadap Islam dan Melayu selama 22 bulan sejak PRU ke 14. Muafakat ini telah membuahkan hasil awalnya. Ia adalah Muafakat yang diberkati oleh Allah.

Sekarang masanya untuk bekerja memulihkan ekonomi, merapatkan hubungan antara kaum, meningkatkan pendidikan rakyat. Moga Allah berkati Muafakat politik ini demi Malaysia Sejahtera.

Dr Khairuddin Takiri
Selasa 3 Mac 2020

#malaysiasejahtera