Hilangnya Sebutir Permata Ameerah Besut

238

KUALA TERENGGANU – Ameerah telah kehilangan sebutir permata yang berharga dengan ‘pemergian’ Allahyarhamah Mantan Ahli Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Ameerah Kawasan Besut, Nor Diana Din.

Pengarah Ameerah Terengganu, YB Zuraida Md Noor berkata, pemergian beliau pada umur 39 tahun adalah satu kehilangan yang amat besar bagi Ameerah dan akan dikenang sebagai wirawati yang tidak di dendang.

“Allahyarhamah dikenali sebagai seorang yang sangat peramah, murah dengan senyuman dan beliau sangat aktif dengan program program jemaah.

“Kebiasaanya di mana ada program jemaah di situlah ada beliau samaada bertugas atau pun sebagai peserta yang hadir memberikan sokongan pada jemaah PAS,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam laman sosialnya pada hari ini.

Katanya, beliau telah kembali menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.15 minit pagi ini di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Justeru itu, beliau mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan berharap agar mereka bersabar ujian tersebut.

“Sahabatku, Allah lebih menyayangimu. InsyaAllah kami akan menyambung perjuangan ini. Damai dan istirehatlah di sana.

“Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada dan solihin,” tambah beliau.