Hilangnya Sebutir Mutiara Serikandi Mujahidah

440

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Terengganu kehilangan  sebutir mutiara Serikandi Mujahidah yang sukar dicari ganti.

Mantan Ketuanya almarhumah To’ Puan Hajah Fatimah Ibrahim telah pulang ke rahmatullah pagi semalam, Sabtu 8 November.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT), To’ Puan Hajah Zarani Othman merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau..

“Beliau pernah diamanahkan sebagai Ketua DMPNT sejak bermula sessi 1997/1999 hingga sesi 1999/2001 dan juga pernah mengetahui saf Dewan Muslimat PAS Malaysia sesi 2001/2003.

“sebagai Setiausaha DMPNT semasa Almarhumah memegang jawatan tertinggi muslmat PAS negeri, saya amat senang dan gembira bekerja dengannya,” ujarnya ketika dihubungi di sini.

Zarani berkata arwah seorang ketua yang sentiasa meletakkan kepentingan jemaah mengatasi peribadi dan keluarga.

Oleh itu menurutnya, beliau menerima Anugerah JasaMu Dikenang sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu yang lalu.

“Kecaknaan Almarhumah kepada ‘anak buah’ amat dipuji. Almarhumah seorang ketua yang sentiasa berbincang dalam kerja-kerja jemaah.

“Semoga rohnya dirahmati Allah dan termasuk dikalangan hamba-Nya yang beriman.

‎”انا لله وانا إليه راجعون
‎ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهما وَارْحَمْهما وَعَافِهما وَاعْفُ عَنْهما، وَأَكْرِمْ نُزلهما، وَوَسِّعْ مَدخلمها، وَاغْسِلْهما بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهما مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهما دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارهما، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهما، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجهما، وَأَدْخِلْهما الْجَنَّةَ، وَأَعذهما مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ. آمين يَا ربَّ العَالَمِيْن.

“Semoga syurga menantimu, wahai Serikandi Mujahidah. Tiba masa untukmu berehat dan berjumpa  Pencipta dengan penuh keredhaanNya,” ujarnyanya.