‘Hierarki’ Mantap Terajui Kepimpinan Silih Berganti

447

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-Malaysia(PAS) mempunyai susunan atau kedudukan yang mantap dimana organisasinya sentiasa melahirkan pemimpin yang silih berganti bagi menyambung teraju di semua peringkat.

Pengarah Ameerah Malaysia, Hajah Zuraida Md Noor berpandangan, hal tersebut sentiasa berlaku di peringkat kepimpinan parti itu.

“(Malah) sebagai sebuah jemaah Islam yang sangat mementingkan aspek kepimpinan dan pertumbuhan generasi,” tegasnya.

Beliau yang juga Pengarah Ameerah Terengganu itu dipetik berkata demikian di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada 8 Julai.

Ucapan penghargaan itu ditujukan kepada Dewan Muslimat PAS Malaysia
kerana memberi kepercayaan dan mandat untuk menerajui kepimpinan Ameerah Malaysia sebagai Pengarah Ameerah Malaysia untuk sesi 2019-2021.

“Terima Kasih tidak terhingga kepada sahabat- sahabat Ameerah dan Muslimat yang tidak putus memberi semangat dan mendoakan saya,” ujarnya.

Istimewa, tambahnya lagi, buat Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu dan  Ameerah Terengganu kerana sentiasa mentarbiyah dan mengajar beliau erti sebuah perjuangan.

“Taklifan ini amat berat sebenarnya bagi mewakili Muslimat Muda di peringkat nasional.

“Namun saya yakin pemilihan ini adalah beserta dengan  jentera-jentera yang cukup hebat, yang saling mendokong di antara satu-sama lain,” katanya penuh yakin sambil mengambil ibrah dari Firman Allah S.W.T surah al-Anfal ayat 64 :

‎(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّبِیُّ حَسۡبُكَ ٱللَّهُ وَمَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ)

“Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.”