Hayati raya dengan pahala

252

1. Berpuasa adalah ibadah bukannya adat. Berbuka dan beraya juga adalah ibadah bukannya adat.

2. Ibadah mesti dilakukan menurut tatacara yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah saw.

dr khairuddin3. Mulakan hari raya kita dengan ibadah solat berjamaah maghrib dan isya’, bertakbir di surau masjid, di rumah, di pasar dan di jalanan, solat malam, mandi sunat raya, solat idil fitri dan mendengar khutbah, berpakaian cantik walaupun tidak baru, berwangian, menjamah sedikit hidangan sebelum keluar solat idil fitri.

4. Tinggalkan adat-adat Jahiliyah seperti menyimpan kuku, bersolekan ala jahiliyah bagi perempuan, pergaulan bebas dan hiburan melampau yang bercanggah dengan syarak.

5. Jangan lupa tunaikan kewajipan zakat fitrah jika masih tertangguh.

6. Marilah juga kita meninjau jiran sekeliling bimbang masih ada yang tak mampu menyambut hari gembira ini lantaran kurangnya kemampuan kewangan. Sebahagian harta kita adalah milik mereka sebenarnya.

7. Di saat kita menyambut hari lembaran, sebahagian umat Islam sedang berjihad mempertahankan hak mereka daripada dizalimi di Mesir, Syria, Palestin dan lain-lain.Marilah kita doakan kemenangan mereka.

8. Tak lupa juga untuk kita perkukuhkan tekad dan azam kita menegakkan politik pemerintahan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah dalam negara Malaysia tercinta ini dengan pelbagai medium yang kita ada. Sesungguhnya umat amat dahagakan keadilan pemerintahan Islam untuk dinikmati.

9. Moga raya kali ini adalah lambang kemenangan kita menjadi hamba kepada Allah
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

YB Ustaz Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus