Hari Wanita Diselewengkan LGBT Menyedihkan Negara

454
Zakiah Alias , tudung hitam bersama peserta Rancangan Tanah Berkelompok Bukit Besi

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Perhimpunam Hari Wanita yang ‘diselewengkan’ dengan penganjuran demonstrasi agar mengiktiraf Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender amat menyedihkan negara dan tiada sewajarnya ianya berlaku.

Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun, Zakiah Alias berkata perkara itu sukar diterima didalam negara Malaysia yang menjadikan agama Islam sebagai agama tertinggi didalam negara.

“Kita memohon kerajaan mengambil tindakan yang tegas kepada golongan ini.

“Yang kita merasakan bahawa mereka adalah golongan yang terkeluar dari peganggan dan tiada sepatutnya diiktiraf gerakan mereka, “ujarnya.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita, ketika hadir pada program bersama peserta Rancangan Tanah Berkelompok Bukit Besi dan Rantau Panjang, di Balairaya Bukit Besi, semalam.

Menurut beliau, golongan ini semakin hari semakin berani menonjol dan menunjukkan diri secara terang-terangan.

“Mereka sudah semakin berani dan lantang bersuara, mereka sudah tidak takut lagi pada kerajaan.

“Kerana itu semalam mereka berani melakukan suatu perkara yang sangat besar dan mengundang satu suasana yang tidak sihat didalam negara, “ujar beliau.

Jelasnya, gerakan itu secara tidak langsung telah mencemarkan Negara Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

“Kita mengharapkan supaya kerajaan Malaysia dibawa pemerintahan kerajaan PH mengambil tindakan yang tegas.

“Dan mengharapkan juga supaya tidak akan berlaku lagi. Dan ianya perlu dikekang, supaya ianya dapat dibendung dengan sekeras-kerasnya, “tegasnya.