Hari Terbuka DUN Chukai Dapat Sambutan Hangat

1302

KEMAMAN – Program Hari Terbuka PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai 2019, mendapat sambutan hangat apabila diserbu pengunjung dari dalam dan luar luar negara.

Pengarahnya Ustaz Ramlan Mahmood berkata, antara acara yang menjadi tumpuan ialah memancing dan larian ceria (Fun Run) yang menggamit lebih 500 peserta.

“peserta termasuk daripada negara Perancis dan Jepun, selain dalam negara daripada negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah, disamping peserta tempatan,|

“mereka bukan sahaja mengambil bahagian untuk mendapatkan hadiah lumayan bahkan terhibur dengan kemeriahan suasana,” ujarnya.

ADUN Chukai Hanafiah Mat mencuba gendang Tarian Singa, persembahan istimewa di Hari Terbuka

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman berkata demikian ketika ditemui pada program tersebut, yang berlangsung di Teluk Mak Nik, Sabtu 9 Februari.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Terengganu Ariffin Deraman mengajak orang ramai yang hadir bersyukur atas kemenangan PAS pada plihan raya umum lalu dengan membesarkan Allah.

“saya nak minta kepada semua laungkan takbir, ini adalah ucapan yang sangat baik, kita selalu ucap pelbagai, tetapi didalam parti kita memang sudah menjadi satu ‘seruan rasmi PAS’,

“kita bimbang bila jadi kerajaan kadang-kadang dalam majlis yang baik kita tidak laungkan takbir,” jelasnya ketika berucap merasmikan Hari Terbuka itu.