Hari Keluarga Eratkan Hubungan Guru dan AJK PASTI

271

Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Hari Keluarga Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang telah berjaya mengeratkan hubungan guru-guru dan Ahli Jawatankuasa(AJK)nya.

Pengerusinya, Mohamad Syukri Abdul Wahab berkata, hari Keluarga itu yang diadakan di Pulau Kapas telah disertai semua guru-guru daripada 11 buah PASTI di DUN Rantau Abang.

“Kita bertolak pada Sabtu, 15 Ogos lalu, pada jam 7. 00 pagi dari Dungun, naik bot 8.30 pagi di jeti Bandar Marang dan kita bertolak balik dari Pulau Kapas pada jam 3.30 petang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini pada 20 Ogos lalu.

Menurutnya seramai 72 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru, ajk dan kaum keluarga mereka.

” Antara aktiviti yang diadakan ialah ‘snorkling’, ‘hiking’ dan aktiviti mandi-manda bersama keluarga.

“Alhamdulillah, saya lihat aktiviti – aktiviti yang diadakan berjaya mendekatkan lagi hubungan sesama kita,” jelasnya.