Hargai Isteri Sebagai Guru PASTI

353

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Pengerusi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nur Hidayah, Felda Jerangau, Roslan Jusoh, melakukan kejutan menyambut ulang tahun Isterinya, Rohani Mohamad yang telah lama menjadi guru di pusat asuhan berkenaan.

Roslan Jusoh berkata, mengimbangi tugas diantara seorang guru, isteri dan anak-anak, bukanlah suatu perkara yang mudah.

“Isteri telah lama berkhidmat dengan PASTI, begitu komited dan sentiasa memberi khidmat yang terbaik agar anak Felda Jerangau mendapat pendidikan berasakan Islam yang terbaik melalui PASTI.

“Rutin harian yang dilalui tiada mudah, kerana itu saya membuat kejutan ini, dan menyambutnya dimana tempat dia (isteri) mencurahkan bakti, juga memberi semangat kepadanya untuk terus bersemangat mengasuh anak bangsa,” jelasnya.

Beliau yang juga Setiausa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau A, berkata demikian, ketika dihubungi hari ini.

Isterinya, Rohani Mohamad ketika dihubungi menyatakan tiada sangka, akan mendapat kejutan berkenaan.

“Kerana suami terlalu sibuk dengan kegiatan parti, tambahan pula sebagai Setiausaha MPKK, masanya banyak dihabiskan dengan masyarakat.

“Syukur kepada Allah, terima kasih kepada suami kerana telah memberi hadiah yang berharga ini,” jelas beliau