Harapan Kilauan Emas Daripada Azizulhasni

573

KUALA TERENGGANU – Kontinjen Negara meletakkan harapan tinggi kepada jaguh lumba basikal berasal dari negeri Terengganu, Azizulhasni Awang untuk ‘membuahkan’ pingat emas melalui acara berpasukan dan individu.

Oleh itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO Ustaz wan Sukairi Wan Abdullah berkata , Azizulhasni mengharapkan doa dari seluruh rakyat.

“doa dari rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya agar (Azizulhasni) diberikan kemenangan kepada beliau dan pasukannya,” ujarnya ketika mengulas persiapan jaguh nombor satu dunia yang dijadualkan akan bertarung esok.

ADUN Wakaf Mempelam itu berkata demikian ketika ditemui lapangan terbang Sultan Mahmud hari ini, Isnin 27 Julai, sekembalinya beliau bersama delegasi dari temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Beliau mengucapkan syukur kerana berita yang baharu diterimanya menyatakan pasukan Malaysia layak ke pusingan akhir, melalui acara berpasukan.

“Insyaallah kita mendoakan kejayaan Azizulhasni dan pasukannya untuk membantu negara menghasilkan emas ke tiga insyaallah,” tegasnya