Harapan Baharu Satu Juta Penanam Kelapa Sawit

353

BESUT – Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Menteri Perusahaan dan Komoditi, memberi harapan baharu kepada sejuta penanam kelapa sawit di seluruh negara.

Setiausaha PAS Kawasan Besut, Cikgu Salahuddin Jaafar berkata, mereka termasuk 112,635 orang peneroka Felda.

Oleh itu, beliau mengucapkan syabas kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus itu yang telah berazam memberi tumpuan kepada membuka pasaran baharu minyak sawit Malaysia.

“Dengan itu sekali gus menambahkan pengeluaran dan harga sawit akan dapat ditingkatkan,

“jika pasaran baharu dapat ditambah, dengan itu Malaysia tidak hanya bergantung kepada pasaran tradisi seperti India dan China,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini.

Katanya, walaupun berlaku peningkatan eksport minyak sawit pada tahun lepas namun ianya belum cukup untuk menstabilkan harga komoditi itu.

“Bertambah sebanyak 2.99 juta tan metrik iaitu kira-kira 12% kepada 27.86 juta, berbanding 24.88 juta matrik pada tahun 2018,

“namun ianya belum cukup untuk melonjak dan menstabilkan harga secara keseluruhannya,” tegasnya.

Justeru itu, beliau berharap, kabinet Malaysia 2020 dapat meningkatkan kempen mempercepatkan pemulihan ekonomi negara

“Mudah-mudahkan dengan kepimpinan baharu dapat membenam kempen Anti Minyak Sawit Malaysia di Eropah serta dapat menyaingi pengeluar-pengeluar baharu,” jelasnya.