Hantarlah Anak-anak Ke PASTI

22819

Oleh : Syed Abdul Rahman

KUALA TERENGGANU – Orang ramai digalakkan menghantar anak-anak mereka ke Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) untuk mendapat pendidikan pra-persekolahan yang cemerlang.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, kehebatan PASTI telah terbukti menghasilkan anak-anak yang berakhlak mulia.

“ Kita mengalu-alukan kepada masyarakat untuk mengambil peluang menghantar anak-anak ke PASTI khususnya yang berada di sekitar Bandar.” ujarnya

Ustaz Ahmad Shah Muhamed yang juga ADUN Bandar berkata demikian ketika meninjau pembukaan sesi awal tahun 2019 persekolahan, semalam.

Menurutnya, salah satu daripadanya iaitu Pasti Al-Huda di Kampung Tanjung, baru mula beroperasi untuk sesi 2019 .

Oleh itu beliau berharap para guru dan tenaga pengurus PASTi dapat berkhidmat dengan sebaiknya, bagi mendidik anak-anak.

“Mudah-mudahan para guru dapat beri khidmat yang terbaik kepada anak-anak kita supaya mereka dapat dibentuk menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat ”, ujarnya.