Hamas Seru Mesir Longgarkan Sekatan Pintu Rafah

473

Hamas menyeru Mesir untuk melonggarkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza, selepas pegawai dari kumpulan Palestin datang ke Kaherah berusaha untuk memperbaiki hubungan yang tegang.

Pegawai kanan Khalil al-Haya (Gambar bawah) berkata Hamas telah merayu Mesir untuk membenarkan lebih banyak lalu lintas melalui sempadan Rafah dengan Semenanjung Gaza, satu titik transit bagi wilayah itu yang tidak dikawal oleh Israel.

Mesir telah sebahagian besarnya menutup sempadannya dengan Gaza sejak 2013 dan telah memusnahkan beratus-ratus terowong Palestin yang digunakan untuk menyeludup barangan komersial, tunai, manusia dan makanan.

khalil al-hayaKementerian Dalam Negeri Hamas berkata tahun 2015 adalah tahun yang paling teruk bagi Rafah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, apabila sempadan itu dibuka hanya untuk 21 hari sahaja.

Hubungan telah bertambah teruk antara Hamas dan Kaherah sejak 2013 apabila rampasan kuasa keatas Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokratik Mohamed Morsi.

Sejak bekas ketua tentera Abdel Fattah al-Sisi melakukan rampasan kuasa terhadap Morsi, beliau telah melancarkan tindakan keras memburu pemimpin Ikhwan al-Muslimin dan para penyokong Morsi, telah menyebabkan beratus-ratus orang mati dan beribu-ribu dipenjarakan.

Ketegangan tercetus bulan ini apabila Mesir menuduh Hamas terlibat dalam pembunuhan pendakwa raya di negara itu, yang mati dalam letupan bom kereta tahun lepas.

Hamas telah menafikan tuduhan itu, dan Haya berkata gerakannya “mengutuk pembunuhan politik dan mengutuk pembunuhan Peguam Negara Hisham Barakat”.

Beliau menegaskan bahawa Hamas menolak “untuk campur tangan dalam hal ehwal Mesir”.