Hamas Nafi Kesaksian Hosni Mubarak

332

Hamas telah menafikan dakwaan bekas Mesir Presiden Hosni Mubarak tentang penglibatan kumpulan itu memecah keluar penjara pada tahun 2011.

Dalam kesaksian mahkamah di Kaherah pada Rabu, Mubarak, 90, berkata 800 orang lelaki bersenjata Hamas menyelinap ke Mesir semasa pemberontakan yang melanda Mesir pada tahun 2011.

Beliau mendakwa kononnya, kumpulan terbabit telah mengambil bahagian dalam serangan di penjara untuk membebaskan tahanan daripada kumpulan Ikhwanul Muslimin, Hamas dan Hizbullah.

“Kami secara mutlak menafikan kesaksian Mubarak tentang menghantar 800 orang bersenjata ke Kaherah untuk membebaskan tahanan Mesir, Palestin dan Arab,” kata Hamas dalam satu kenyataan pada hari Sabtu.

Menegaskan apa yang digambarkan sebagai usaha untuk “mengheret Hamas menjadi isu dalaman Mesir”, Hamas yang memerintah Jalur Gaza, mengulangi komitmennya terhadap dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain, termasuk Mesir.

Kesaksian Mubarak timbul pada perbicaraan semula melibatkan mantan presiden Mohamed Morsi, yang menghadapi tuduhan mengambil bahagian dalam rusuhan secara besar-besaran di penjara semasa revolusi.

Sidang mahkamah pada Rabu adalah kali pertama bagi Mubarak dan Morsi untuk bertemu mata, selepas Mubarak melepaskan kuasa berikutan tekanan kebangkitan rakyat melalui demonstrasi di seluruh negara.

Morsi dipilih sebagai presiden pada tahun 2012, satu tahun selepas Mubarak meletak jawatan.

Bagaimanapun, selepas setahun berkuasa, Morsi sendiri digulingkan dalam rampasan kuasa tentera oleh ketua tentera, al-Sisi.

Berikutan rampasan kuasa terhadap Morsi pada pertengahan 2013, pihak berkuasa Mesir melancarkan serangan keras terhadap musuh politik, membunuh ratusan dan memenjarakan ribuan penyokong Morsi dan ahli Ikhwanul Muslimin.