Haikal Tak Sangka Jadi Juara

744

DUNGUN – Mohd Haikal bin Shafie, 23, dinobatkan sebagai juara Pertandingan ‘Motorcross’ sempena Karnival D’Paka, apabila beliau mengalahkan 18 pencabarnya yang datang dari seluruh daerah dalam negeri Terengganu.

Beliau yang menunggang motosikal ‘scrambler’ 250cc membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300.00 beserta medal dan ‘hamper’.

Haikal yang berasal dari Kampung Bukit Merah, Santong, berkata, beliau telah membeli motosikal lasak tersebut sejak 2 tahun lalu kerana minat yang mendalam untuk menyertai pertandingan motor lasak dan mencabar.

HaikalBekerja sebagai ‘mekanik’ di sebuah bengkel di Kampung Tebing Tembah memberiksn kelebihan kepadanya untuk menyelenggara motosikal kesayangannya itu.

Namun begitu, beliau tidak menyangka ‘tuah’ menyebelahinya dan memenangi pertandingan itu pada kali ini.

“sudah dua tahun saya beli motor ini kerana minat dengan ‘motorcross’, saya ‘baiki’ motor, bengkel di Tebing Tembah,

“tapi saya tak sangka saya akan menang kali ini,”ujarnya ketika ditemui, selepas menerima ‘habuan’ kemenangannya.

Sebanyak dua ketagori motor lasak dipertandingkan, iaitu ketagori scrambler dan motor cubcross.

Lebig 50 buah motosikal menyertai pertandingan tersebut yang diadakan di tepi pantai berhampiran tapak Karnival di simpang Santong Paka.

Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Majlis Tindakan DUN Paka Norulazahar Ali.

Norul ysng juga Bendahari PAS Kawasan Dungun ketika diminta komen tantang penganjuran sukan tersebut berkata, pihaknya berhasrat untuk menjadikan ia sebagai kejohanan tahunan.

“InsyaAllah penganjuran motorcross akan dijadikan aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai golongan muda kearah aktiviti (yang sihat),

“agar tidak terjebak dengan gejala yang (negatif) yang berleluasa sekarang ini,”katanya.