Hadir ICERD: Zahirkan Semangat Kebersamaan

396

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat Negeri Terengganu(DMPNT) mengajak seluruh muslimat dan juga wanita Terengganu menghadiri Himpunan Bantah ICERD sebagai menzahirkan semangat kebersamaan.

Ketuanya, Hajah Zarani Othman berkata bantahan kepada kerajaan Malaysia supaya tidak meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Ianya bercanggah dengan semangat Perlembagaan Negara, ” tegas beliau ketika dihubungi di sini pada 4 Disember.

Perhimpunan Aman Membantah ICERD yang dijadualkan akan diadakan pada 8 Disember ini bertempat di Dataran Merdeka bermula pukul 1.00 tengahari sehingga 6.00 petang.

“Ratifikasi ini juga akan menjadi ancaman kepada agama Islam sebagai agama persekutuan, institusi raja, kedudukan bangsa Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak, ” jelasnya lagi.

Justeru itu, Zarani juga menyeru agar semua rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan prihatin hadir sebagai tanda bantahan ICERD diratifikasikan.