H1K Telemong; Gelombang Kebangkitan Rakyat

3327

Oleh : Adli Mohamad.

HULU TERENGGANU – Himpunan 1,000 Ahli PAS (H1K) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong disifatkan sebagai gelombang kebangkitan rakyat di DUN berkenaan.

Ketua Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohamad Yusoff Abdullah berkata ianya telah mencapai apa yang dihasrarkan dan dicita-citakan selama ini

“Dalam program ini kita meraikan ahli baru, Tak sampai setahun kita telah ada ahli baru seramai 1, 011 orang.

“kita juga berjaya menambah cawangan PAS dari 19 kepada 39 cawangan ini menunjukkan satu kebangkitan yang amat drastik,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pihak media, mengulas mengenai program berkenaan, disini, hari ini.

Menurutnya pelbagai program telah diadakan diantaranya ceramah dari kepimpinan PAS Negeri Terengganu yang bermula pada Jumaat, 22 Mac.

Sehubungan itu Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS DUN Berkenaan, Farah Hannan Hasanuddin berkata kuliah muslimat telah turut diadakan dalam mensasarkan kehadiran para muslimat pada program berkenaan.

” Program ini telah menggamit kehadiran dari seluruh penduduk Telemong, sesuatu yang tidak dijangka berpusu-pusu orang ramai masuk ke tapak program,” jelasnya.

Dan menurut beliau, kehadiran orang ramai telah diraikan dengan jamuan rakyat, dengan ‘Gulai Kawah’ mengunakan resepi khas turun temurun penduduk Telemong.

” Dan paling mengembirakan dan mengujajakan dimana setiap yang hadir tidak henti-henti mengibarkan bendera PAS,” katanya.

Tambahnya keadaan berkenaan amat berbeza jika dibandingkan sebelum ini.

“InsyaAllah ianya menandakan satu isyarat bahawa DUN Telemong akan dimenangi PAS pada masa akan datang,” tegasnya.