Guru PASTI Proaktif, Kreatif dan Inovatif

1355
Guru dan pembantu PASTI yang menghadiri ceramah motivasi

Oleh :Khalid Abdullah

KEMAMAN – Guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) perlu sentiasa berfikiran proaktif, kreatif dan inovatif untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran.

Isteri Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Kemasik, Ustazah Husna Abdul Rahman  berkata ianya bukan setakat ruang lingkup sukatan pelajaran semata-mata.

“Pelbagai kaedah bersama pelajar dalam kelas dan amalan pengajaran semasa, ” ujarnya.

Husna berkata demikian ketika menyampaikan ceramah motivasi di PASTI Ar Rahman, Kg Baru, Kertih, di sini pada 20 Disember.

“Lengkapkan diri dengan pelbagai disiplin ilmu,
kena kuat membaca, tetapkan sasaran berapa buah buku sebulan, sekurang-kurangnya dua buah, ” beliau menyarankan.

Selain itu, menurutnya, mereka juga diharap mempraktikkan amalan pengurusan masa untuk mengimbangi tuntutan kerjaya dengan tanggungjawab terhadap keluarga.

Antara guru dan pembantu PASTI yang menghadiri ceramah motivasi tersebut.

“Pengurusan masa mampu membuatkan kita yang bergelar guru dapat menyusun aktiviti seharian yang dilakukan dengan cara cukup terancang dan teratur,” ujar beliau.

Seramai 20 orang guru dan pembantu PASTI terlibat dalam program berkenaan.