Guru PASTI Penggerak Bahtera Kemenangan PAS

779

Oleh : Aziz Hambali

MARANG – Para guru PASTI adalah penggerak bahtera kemenangan PAS di negeri Terengganu dan akan membawa kesejahteraan kepada negara ini.

Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, metreka ada golongan yang sangat pentig kepada PAS dan masyarakat seluruhnya.

“Sudah tentu kita sedang bergerak bahtera Parti Islam SeMalaysia (PAS). Sedang bergerak ke hadapan. Bukan sahaja untuk menang dan mempertahankan kemenangan di Terengganu tetapi sedang menuju untuk menang di dalam negara kita, InsyaAllah.

“Untuk memerintah Malaysia ini. Sudah tentulah pimpinan-pimpinan PAS tidak pernah menganggap bahawa guru-guru PASTI ini tidak penting dalam jemaah, dalam perjuangan ini,” tegasnya.

 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakeah dan Penerangan berkata demikian ketia merasmikan Majlis Hari Guru dan Sambutan Hari Raya Aidil fitri peringkat PASTI Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila semalam.

Bahkan kata beliau, pengorbanan ‘besar’ para guru PASTI yang dicurahkan dalam mendidik anak-anak sangat diharga oleh semua pihak.

Tambahnya, PAS sedang menuju untuk mencapai kemenangan Islam di negara ini yang akan menjadi cabaran serta ujian kepada mereka.

“Kita tinggal di Terengganu jangan berasa ‘sedap duduk’. Hasil kita semakin berkurangan. Ujian semakin hebat. Dalam keadaan kena potong royalti 25%. Tetapi, apabila sahabat-sahabat nabi dikepung, lapar, susah. Mereka tetap berpegang pada tali Allah.

“Ingin membina sebuah bangunan ini adalah sangat susah. Tetapi, untuk meruntuhkannya adalah sangat mudah. Mereka yang memulakan PASTI ini, bukanlah sesuatu yang senang. Bermula daripada menjual kicap sehinggalah kejayaan yang dikecapi sekarang,” katanya.

Oleh itu, beliau mengajak seluruh ahli dan pendokong PAS supaya mencapai sifat taqwa kepada Allah kerana ia adalah benteng yang kukuh dalam kita menghadapi segala ujian dan fitnah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ramlan Mahmood, Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Hamdi Dato Harun, Pengarah PASTI Negeri Terengganu, Al-Ghazali Abu Bakar , Pengerusi Guru PASTI Negeri Terengganu Puan Noriah Koter, Seluruh AJK penganjur.