Guru PASTI ‘Insan Istimewa’

2521

Oleh : Muhammad Syafiq Syakirin

MARANG – Guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah insan istimewa kerana dapat mendidik anak-anak mengenali agama.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Ramlan Mahmood berkata PASTI adalah wadah bagi anak anak Pra-sekolah yang mementingkan aspek pendidikan berteraskan syariah Islam di Malaysia.

Katanya, institusi itu telah menunjukan prestasi yang baik diperingkat negeri-negeri terutamanya di Terengganu dan diterima baik oleh masyarakat.

“Kita memiliki 3000 guru-guru PASTI dan hampir 10000 pelajar pasti di Negeri Terengganu.Iini menunjukkan prestasi yang baik buat PASTI (dan) kita juga melihat masyarakat masyarakat dapat menerima kaedah yang dibawa oleh PASTI,” ujarnya

Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan buat guru-guru PASTI pada program Majlis Sambutan Hari Guru PASTI peringkat negeri terengganu dan Sambutan Hari Raya di Dewan Tok Guru, Rusila, semalam.

Tegasnya, guru-guru PASTi membawa perubahan kepada rakyat dan menarik orang ramai untuk bersama-sama memperjuangkan Islam.

“Guru-guru PASTI adalah guru yang istimewa dimana banyak memberi mesej-mesej dakwah kepada masyarakat disamping memberi perubahan kepada masyarakat yang menginginkan Islam dan menarik orang ramai untuk bersama dengan islam.”

Turut hadir bersama Ketua Penerangan  PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah , Pengarah Jabatan PASTI Negeri Terengganu , Mohd Al-Ghazali Abu Bakar dan Pengurusi Masjis Guru Pasti Negeri Terengganu, Cikgu Noriah Koter.