Guru Jordan Mogok Tuntut Kenaikan Gaji

161

Para guru di Jordan telah melancarkan mogok di Amman dan seluruh negara menuntut kenaikan gai sebanyak 50 peratus.

Dalam satu kenyataan yang diterbitkan di laman sosial pada Sabtu lalu, Persatuan Guru Jordan (JTA) juga dikenali sebagai Sindiket Guru Jordan berkata mogok terbuka bermula pada Ahad.

Bantahan akan diteruskan, menurut kenyataan itu, sehingga tuntutan tersebut dilunaskan oleh kerajaan.

Kenyataan itu juga mengarahkan para guru di seluruh negara untuk menghadiri jam kerja rasmi tetapi tidak memasuki bilik darjah atau menjalankan tugas rasmi.

Penganjur berkata kerajaan masih belum menepati janji kenaikan upah 50 peratus yang dipersetujui pada 2014.

Timbalan pergerakan guru itu, Nasser al-Nawasrah berkata, pelancaran mogok itu juga merupakan tindak balas terhadap pengendalian pihak berkuasa Jordan mengenai demonstrasi minggu lalu.

“beribu-ribu dihalang daripada berarak ke pejabat Perdana Menteri Omar al-Razzaz pada hari Khamis oleh pasukan keselamatan,” katanya.

Penunjuk perasaan telah berkumpul di dekat ibu pejabat kerajaan di Amman berdepan dengan pasukan keselamatan yang dilaporkan telah menembak gas pemedih mata yang digunakan untuk menyebarkan orang ramai.

Seorang pengguna media sosial memuat video pendek konfrontasi, yang kelihatan menunjukkan pasukan keselamatan mengejar dan cuba menahan penunjuk perasaan.

Para guru juga telah berkumpul di kawasan-kawasan yang berbeza di pusat Amman, melaungkan slogan-slogan anti-kerajaan dan menyeru untuk tindakan ‘duduk dan bantah’.

Mereka telah meminta guru-guru di bandar-bandar lain untuk membantah di sekolah-sekolah mereka jika pasukan keselamatan menghalang mereka dari perjalanan ke Amman untuk mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu.

“Guru tidak akan memasuki bilik darjah melainkan pegawai dipertanggungjawabkan,” media tempatan memetik al-Nawasrah sebagai berkata, menjelang mogok umum.

“Kerajaan sebaliknya menyerang kami, walaupun pelbagai percubaan, kami masih belum bertemu dengan perdana menteri.” tambah beliau