Gunakan Peruntukkan Secara Berhemah

370

Oleh:  Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Wakil-wakil rakyat dan juga pegawai-pegawai kerajaan di Negeri Terengganu diseru agar menggunakan peruntukan yang dibekalkan secara berhemah.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional, Cikgu Alias Harun berkata memandangkan Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Dr. Samsuri Mokhtar telah membentangkan bajet berimbang ia itu pendapatan menyamai perbelanjaan.

“Menjadi tanggungjawab jabatan-jabatan dengan meminimakan peruntukan yang ada supaya ianya tidak berlaku lebihan perbelanjaan, ” ujar beliau ketika membahaskan Bajet 2019.

Cikgu Alias Harun sedang berbahas di sidang DUN

Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14 masuk hari kedua yang membahaskan bajet di Wisma Darul Iman di sini pada 26 November.

” Sebaik-baiknya peruntukan yang diberi ini perlu ada sedikit bajet untuk kita imbangkan di masa-masa kecemasan, ” katanya memberi ingatan.

ADUN Rantau Abang itu juga menyokong bajet yang telah dibentangkan pada hari pertama sidang DUN yang mengambil kira kepentingan dan keperluan rakyat Terengganu.

” Maklumat-maklumat daripada seluruh golongan samada daripada golongan profesional ataupun daripada pelbagai lapisan masyarakat daripada pegawai kerajaan ataupun rakyat biasa dikumpulkan dan dirangka untuk kita bentangkan dalam sidang pada hari ini, ” jelasnya.

Sidang DUN sedang berlangsung

Justeru itu beliau berharap bajet yang diperuntukkan tidak disalah gunakan tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

” Yang menjadi hala tuju kita adalah untuk memberi kesejahteraan kepada masyarakat di Negeri Terengganu, sesuai dengan slogan kerajaan baru Terengganu ini, meletakkan ‘Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera’, ” tambahnya lagi.