Gotong Royong Perdana Jabatan Amal

258

Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT – Jabatan Amal Negeri Terengganu telah berjaya menganjurkan Gotong Royong Perdana yang bertempat di Tanah Perkuburan Kampung Kayu Kelat dalam Dewan Undangan Negeri(DUN) Hulu Besut.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Nasir Abdul Razak berkata seramai 50 orang melibatkan Unit Amal, Rela dan masyarakat setempat telah berjaya dikumpulkan.

“Alhamdulillah, saya melahirkan rasa bersyukur atas program yang dianjurkan kerana dapat melihat Amal masih diterima oleh masyarakat setempat dengan dapat sama-sama berganding bahu dalam gotong-royong”, ujarnya.


Sauji Abdul Rashid sedang memberi ucapan ringkas sambil diperhatikan Ustaz Nasir(paling kanan)

Beliau yang ditemui wakil media di tanah perkuburan tersebut di sini pada 19 September lepas.

Turut hadir bersama ialah Pengarah Jabatan Amal Negeri Terengganu, Sauji Abdul Rashid, Pengerusi MPKK Kayu Kelat dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Besut.

Sementara itu, Sauji melahirkan harapan agar program sebegitu sentiasa diadakan walaupun tiada arahan daripada pihak Jabatan Amal Negeri.

“Saya berharap agar usaha dan program-program sebegini tetap diterus tanpa menunggu arahan dari atas supaya masyarakat lebih mengenali Jabatan Amal”, katanya.