Gong Xi Fa Cai: Semoga Hidup Sentiasa Selamat Dan Harmoni

114

Saya mengucapkan selamat tahun baru Cina Gong Xi Fa Cai kepada seluruh warga Tionghua khususnya di Kemaman di Terengganu.

Mudah-mudahan sambutan tahun baru Cina pada kali ini ‘ tahun tikus’ akan dapat mempereratkan lagi tali persahabatan persaudaraan dan perpaduan di antara kaum di seluruh negeri ini

Ia bukan hanya sekadar untuk kita berkata-kata sahaja tetapi realitinya dia dapat bekerjasama dalam semua bidang, pendidikan, ekonomi dan politik.

Supaya kita dapat mengekalkan kehidupan rakyat negeri ini sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni.

Saya mengharapkan bahawa Tahun Baharu Cina kali ini akan memberikan satu lagi kejayaandan kegemilangan untuk seluruh rakyat negeri Terengganu khususnya kepada warga kaum tionghua.

Sejak daripada dahulu lagi menjalinkan persahabatan bersama-sama dengan orang Melayu dan boleh menerima baik orang-orang Cina bahkan kita dapat hidup damai sepanjang 60 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.

Marilah kita eratkan hubungan ini yang jauh kita dekatkan yang dekat kita eratkan lagi bagi memastikan tiada berlaku sebarang jurang perbecahan perkara yang boleh menyebabkan perpecahan.

YB Haji Hanafian Mat
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional
PAS Terengganu