Give Priority To Sarawak Natives By Enforcing The Amended Of Section 6A (2)

344
Penduduk Kampung Usahajaya Tukau Miri

Deputy Chief Minister Datuk Amar Douglas Uggah Embas said with the amendment of Section 6A (2), the area of Native Territory Domain (NTD) area coverage was increased by up to 1,000 hectares compared to before being amended only 500 hectares.

We received complaints from residents of Kampung Usahajaya Tukau Miri, Sarawak which their land will be taken by the developer and they request that the Sarawak Government enforce the Land Code (Amendment) Bill 2018 after Section 6A (2) and Section 6A (3) (b) amended.

If the amendment of section 6A (2), the limits of the claim on Indigenous (Native Territories Domain – NTD) is not enforced, it may affect their land and place of residence which had been explored by their forefathers before.

Among the main objectives of the Land Code (Amendment) Bill 2018 is to give NTD the force of law, and to issue NTD titles indefinitely to Indigenous people.

We urge the Sarawak government, concerned with the problems faced by Sarawak indigenous who inherit their ancestral land from generation to generation but have no ownership or land grant. The government should give priority to the indigenous population before giving developers the opportunity to develop their land.

If indigenous people who own their ancestral land is prevented and evicted from their home, what will happen with the fate of indigenous peoples in the future?

Does the Sarawak government want to see their living conditions as homeless or to be ‘refugees’ in their own homeland and they live in homeless poverty and their place of planting to support their daily lives is also taken over by the developer?

We again urged and appealed to the Sarawak government for the Land Code (Amendment) 2018 after Section 6A (2) and Section 6A (3) (b) amended is enforced immediately to safeguard the interests of the natives of Sarawak and is safe to occupy without any interference from any interested party.

Hopefully, this problem can be solved in the best possible way, and it will benefit all parties and let them be in a win-win situation. Collaboration with all concerned parties to resolve this issue as best as possible and immediately greatly appreciated.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

Berikan keutamaan kepada Pribumi Sarawak dengan menguatkuasakan pindaan Seksyen 6A (2)

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2018 selepas Seksyen 6A (2) dan Seksyen 6A (3) (b) dipinda.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dengan pindaan Seksyen 6A (2), had kawasan tuntutan kawasan wilayah liputan pribumi (Native territorial domain-NTD) ditambah sehingga 1,000 hektar berbanding sebelum dipinda hanya 500 hektar.

Kami menerima aduan dari penduduk Kampung Usahajaya Tukau Miri, Sarawak yang tanah mereka akan diambil oleh pihak pemaju dan mereka memohon agar kerajaan Sarawak menguatkuasakan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2018 selepas Seksyen 6A (2) dan Seksyen 6A (3) (b) dipinda.

Jika pindaan seksyen 6A (2), had kawasan tuntutan ke atas pribumi (Native Territories Domain – NTD) tidak dikuatkuasakan, ia boleh menjejaskan tanah dan tempat kediaman mereka yang telah diterokai oleh datuk nenek mereka dahulu.

Antara objektif utama Rang Undang-Undang Kanun Tanah (Pindaan) 2018 adalah untuk memberi NTD kuasa undang-undang, dan untuk mengeluarkan hakmilik NTD selama-lamanya kepada penduduk pribumi.

Kami menggesa kerajaan Sarawak, prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat pribumi Sarawak yang mewarisi tanah pusaka mereka dari generasi ke generasi tetapi tidak mempunyai hak milik atau geran tanah. Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada penduduk pribumi dulu sebelum memberi pemaju peluang untuk membangunkan tanah mereka.

Kalau penduduk pribumi yang memiliki tanah pusaka mereka dihalang dan diusir dari tempat kediaman mereka, apa yang akan terjadi dengan nasib anak bangsa pribumi dimasa akan datang?

Adakah kerajaan Sarawak mahu melihat keadaan hidup mereka seperti gelandangan atau ‘menjadi pelarian’ di tanah air mereka sendiri dan mereka hidup dalam kemiskinan tiada tempat tinggal

dan tempat mereka bercucuk tanam untuk menyara kehidupan harian mereka juga dirampas oleh pihak pemaju?

Kami sekali lagi menggesa dan merayu kepada kerajaan Sarawak agar Kanun Tanah (Pindaan) 2018 selepas Seksyen 6A (2) dan Seksyen 6A (3) (b) yang dipinda dikuatkuasakan dengan serta-merta untuk menjaga kepentingan pribumi Sarawak dan selamat untuk diduduki tanpa campur tangan dari mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan.

Mudah-mudahan masalah ini boleh diselesaikan dengan cara yang terbaik dan memberi manfaat kepada semua pihak dan biarkan ia berada dalam situasi menang-menang. Kerjasama dengan semua pihak yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah ini dengan sebaik mungkin dan dengan serta-merta sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak
http://pas-miri.blogspot.com

Attachments area