Gerakan LTTE di Terengganu?

836
Suspek aktivis LTTE ditahan polis

Di Kuala Terengganu masyarakat India tidak ramai dan di negeri Terengganu daripada 1.3 juta penduduk, 96% orang Islam. Baki 4% kaum Cina yang ramai.

Tiada maklumat tentang LTTE di Terengganu.

Walau bagaimanapun memang ada dalam makluman saya ada sebilangan pesalah SOSMA, POCA serta banduan kesalahan berat yang dibuang negeri dan ditempatkan di Terengganu. Mereka ini dari kalangan anggota kongsi gelap tertentu termasuk kongsi gelap India.

Setakat yang saya tahu antara 5 atau 6 anggota kongsi gelap India ditahan bawah POCA dibuang ke Terengganu. Ada yang di Pulau Redang dan ada di Chabang Tiga Kuala Terengganu. Ada yang mungkin kerja di restoran atau tempat cuci kereta.

Selain itu, bekas tahanan dari kaum lain, Melayu dan Cina juga ada.

Kita harap pergerakan mereka terus diperhati kerana bimbang selain latar belakang kongsi gelap mereka, kita bimbang pengaruh idealism LTTE dan rangkaian pengumpulan Dana LTTE seperti disebut Dato’ Ayub.

YB Haji Ahmad Amzad Hashim
Ahli Parlimen Kuala Terengganu.