GENERASI Penghubung Masyarakat Felda Dengan Semua Pihak

660

Oleh : Adli Mohamad.

HULU TERENGGANU -, Pertubuhan Generasi Warisan, merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berfungsi menjadi penghubung masyarakat Felda dengan semua pihak

Pengerusi GENERASI Terengganu, Naraza Muda berkata perlu bagi NGO berkenaan diperkuat serta diperkasakan.

“Kerana NGO inilah yang kena mendesak wakil rakyat untuk menyelesaikan isu yang membelenggu warga Felda.

“Termasuklah isu-isu tanah dan perumahan. Tanpa pertubuhan payah nak sepakat sebulat suara bagi menyuarakan isu-isu tanah yang berkaitan dengan Felda,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, semasa berucap pada Program Secawan Teh Bersama GENERASI Terengganu, pada Jumaat, 15 Februari.

Menurutnya, diantara kejayaan GENERASI menjadi pendesak adalah semasa Pilihanraya Kecil di Parlimen Rompin yang memiliki kawasan 14 kawasan Felda

“Kita buat gerak kerja pada waktu itu dimana anak muda bangkit. Ada rumah di Kerantong 4 telah pun siap namun tidak diagihkan kepada warga Felda.

“Kita mainkan isu ini, anak muda bersama kita menyebabkan kita dilihat agak ke hadapan pada waktu itu,” ujarnya.

Pada waktu itu ianya adalah melalui Pertubuhan Anak yang diketuai Mazlan Aliman yang kini bersama Pakatan Harapan (PH).

“Jadi selepas itu ada kejayaan dan kebangkitan dimana warga peneroka telah menyebabkan Najib (Perdana Menteri waktu itu) datang ke Terengganu. Harga rumah pada waktu itu 90,000 telah turun menjadi 70,000,” jelasnya.

Penurunan itu menurutnya adalah desakan dari NGO PAS yang pada waktu itu telah berperanan dalam memberikan tekanan sebagai pendesak yang efektif.

“Rentetan dari kejayaan itu PAS Terengganu telah panggil saya dan saya telah diamanahkan dan diberikan tugas khas sebagai pegawai khas yang menjaga Felda dibawah kerajaan PAS,” tegasnya.