Gelombang Ke 4 Musim Tengkujuh ; Ribut Petir, Hujan Lebat Di Pantai Timur

365

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/IMG_6349.JPG(Gambar – Gelombang ketiga banjir, Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang ditenggelami air menunjukkan tahap persiapan menghadapi banjir hanya ala kadar ??)

Berikutan itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran peringkat kuning mengenai hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di ketiga-tiga negeri itu. 

Kawasan yang terbabit di Kelantan ialah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu pula daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman dan di Pahang ialah Kuantan dan Pekan.

Bernama turut melaporkan, Jabatan Meteorologi juga dalam kenyataannya hari ini berkata keadaan itu dijangka menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.