Gaza Dibedil Lagi

659

Pesawat pejuang Israel telah melancarkan serangan udara baharu menyasarkan beberapa lokasi di Genting Gaza termasuk pelabuhan dan terowong rahsia beberapa jam selepas kereta kebal rejim Zionis membedil bahagian selatan wilayah terbabit.

Stesen radio Israel, Kan melaporkan dua bot nelayan turut musnah dalam operasi pada awal pagi tadi.

Sementara itu, tentera Israel berkata, serangan itu menyasarkan kemudahan digunakan gerakan Hamas di utara Gaza.

“Ia adalah respons terhadap perbuatan sekumpulan penduduk Palestin yang membakar pos penembak tepat milik tentera kami yang menyusup masuk kawasan itu dari Gaza, semalam,” kata jurucakapnya.

Sejak 30 Mac lalu, ketegangan semakin meningkat di wilayah itu dan kemuncak konflik itu adalah pada 14 Mei lalu menjelang ulang tahun ke-70 Hari Nakba (Malapetaka) yang menyaksikan sekurang-kurangnya 65 penduduk Palestin terbunuh manakala lebih 2,700 cedera akibat tindakan kekerasan rejim Zionis. – Press TV