Fitnah Untuk Memadamkan Cahaya Perjuangan PAS

828

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN- Semua fitnah yang dilemparkan oleh parti komponen didalam PH adalah bagi memadamkan cahaya perjuangan PAS yang berprinsipkan Islam.

Ahli Parlimen (PAS) Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, usaha yang dilakukan musuh itu dicetuskan supaya orang luar akan menjauhi PAS, serta yang sudah menjadi ahli akan meninggalkannya.

“Matlamat mereka (agar) perjuangan yang membawa syiar Islam akan menjadi malap.

“Itu matlamat mereka, tetapi apa yang berlaku sebaliknya di peringkat PAS Pusat telah berlaku pertambahan ahli.

“Dan semangat ahli-ahli pun sangat tinggi, sebagaimana di Negeri Terengganu ini, begitu bersemangat bagi mengisi kemenangan di peringkat negeri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas Program ‘Masih Ada Yang Sayang’, agihan bantuan kepada ibu tunggal, di Balairaya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Setia, Al-Muktafi Billal Shah, Bukit Besi semalam.

Jelasnya, melalui pertambahan ahli PAS secara tidak langsung diatas rasa kesedaran dan diiringi keyakinan akan menjuruskan mereka untuk menjadi tenaga pengerak.

“Dan pengerak inilah yang akan dapat memajukan PAS (supaya) boleh bergerak lebih maju untuk masa yang akan datang,” tegasnya